ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SKANDAL TEROWONG DASAR LAUT : SIAPA ‘MAKAN’ RM 11.2 JUTA ???

Friday 19 January 2018

SKANDAL TEROWONG DASAR LAUT : SIAPA ‘MAKAN’ RM 11.2 JUTA ???

Kenyataan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mendakwa tidak membuat sebarang bayaran bagi projek terowong dasar laut di negeri itu bertentangan dengan jawapan bertulis pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu, yang menyatakan kerajaan negeri sudah membayar RM11.2 juta secara tunai kepada HSSI Sdn Bhd, selaku perunding teknikal projek.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dipetik berkata, sehubungan dengan itu kerajaan negeri tadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu juga dengan jelas telah menyembunyikan fakta tentang pembayaran sejumlah wang berkenaan.
"Bolehkah kerajaan negeri menjelaskan dengan jujur, mengenai pembayaran yuran perunding sebanyak RM11.2 juta itu, semata-mata untuk menyemak dan memperakui pembayaran tuntutan?
"Nilai RM11.2 juta yang dibayar bagi kerja perundingan teknikal itu juga adalah sebahagian daripada kos keseluruhan projek terowong dasar laut itu. Mana mungkin ia perlu diasingkan," katanya pada sidang media di Georgetown seperti dipetik akhbar tempatan, semalam.
Minggu lalu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dalam sidang akhbarnya dilaporkan berkata, kerajaan negeri belum membuat sebarang bayaran bagi projek terowong dasar laut.
Beliau berkata demikian susulan serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa agensi kerajaan negeri dan syarikat pemaju yang terbabit dalam projek mega berkenaan.
Mengulas lanjut, Chang Yeow berkata, kerajaan negeri juga mendakwa pertukaran tanah pada nilai RM208 juta adalah sebagai bayaran kepada Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dalam projek tiga lebuhraya yang dirancang dalam Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang.
Bagaimanapun, katanya, Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang dibentangkan pada 2015 dengan jelas menyatakan laporan EIA bagi projek terbabit akan ditanggung pihak pemaju.
"Bukankah ini satu pembohongan apabila kerajaan negeri mendakwa bahawa tiada satu sen pun dibayar. Sekarang, setiap satu sen sudah dibayar dan tanah rakyat pun sudah dipindah milik," katanya.

No comments:

Post a Comment