ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SIAPA SEBENAR CALON PM PAKATAN HARAPAN ???

Saturday 6 January 2018

SIAPA SEBENAR CALON PM PAKATAN HARAPAN ???


Walau harapan menang semakin hari semakin tipis, Pakatan Harapan tidak pernah alpa berangan-angan siapa yang layak menjadi perdana menteri.

Walau kadang-kadang boleh dilihat ia sebagai "lawak yang lucah" kerana halangan sistemik atau struktur politik kita, isu calon terus diperkata dengan penuh fanatik.

Sejak dua dekad lalu, DS Anwar Ibrahimlah satu-satunya calon itu kerana tiada pemimpin pembangkang yang dianggap lebih berwibawa, sekali gus berpengalaman, menyandangnya.

Namun kini calon-calonnya lebih ramai kerana sekurang-kurangnya ada dua tokoh yang turut berpengalaman luas mentadbir negara.

Pertama, bekas bosnya, bekas mentornya dan juga bekas musuhnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Kedua, bekas sekutunya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara dua nama ini, tiba-tiba nama Dr Mahathir mencuak naik. Tokoh yang dikritik hebat sejak era Reformasi 1998 dan disyaki ingin mendominasi (jika sukar menyebut: memperalatkan) pembangkang.

Ura-ura parti-parti PH mahukan Dr Mahathir bukan sahaja mengganggu PKR, malah ramai lagi aktivis yang menentangnya sejak berdekad-dekad lalu. Jika usul ini menjadi kenyataan, maka sahlah keraguan orang pada Dr Mahathir menjadi kenyataan.

Saya sendiri tidak faham kenapa harus Dr Mahathir, yang sudah terlalu semput dan mempunyai rekod buruk, mahu diangkat sebagai pejuang anti-kelepektokkerasi?

Kenapa tidak Tan Sri Muhyiddin, juga tokoh yang mewakili PPBM? Kenapa bukan anak Johor ini?

Saya boleh faham jika DS Azmin Ali atau Lim Guan Eng atau Datuk Husam Musa atau Mohamad Sabu tidak disebut-sebut. Begitu juga Lim Kit Siang.

Tetapi kenapa tidak Tan Sri Muhyiddin?

No comments:

Post a Comment