ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: REFORMASI PEMBANGKANG 'MENEMUI AJAL' !!!

Saturday 6 January 2018

REFORMASI PEMBANGKANG 'MENEMUI AJAL' !!!


Perjuangan reformasi oleh pembangkang khususnya PKR kini telah ‘menemui ajalnya’ dengan keputusan PH mengangkat Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri sementara.

Apatah lagi pemimpin De Facto pembangkang yang juga penasihat kepada PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan bersetuju dengan cadangan tersebut.
Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohd Aris berkata, ini bukti bahawa perjuangan reformasi yang dibawa oleh pakatan harapan yang dipelopori oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mati.
“Keputusan PH untuk meletakkan Dr Mahathir sebagai PM sementara membuktikan bahawa perjuangan reformis yang bermati-matian mempertahankan Anwar dan menentang Dr Mahathir selama ini hanya sia-sia belaka.
“Saya yakin, pastinya ramai dikalangan ahli-ahli dan penyokong pakatan pembangkang, khususnya di dalam PKR merasa amat kecewa dengan keputusan ini apabila mereka sekali lagi terpaksa bertuankan individu yang selama ini mereka gelar sebagai Mahazalim, Mahafiraun dan sebagainya, yang akan kembali menaiki takhta kepimpinan negara sekiranya PH menang,” ujarnya kepada UMNO Online.
Selain itu, beliau juga melihat keputusan pemimpin PH yang bersetuju mahu mengangkat Dr Mahathir sebagai PM sementara itu merupakan satu lagi kejayaan Mahathir untuk mengekang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment