ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KONVENSYEN PH - HIPOKRASI PAN

Friday 12 January 2018

KONVENSYEN PH - HIPOKRASI PAN


Penulis terpanggil untuk mengajak khalayak melihat dari sudut "mangsa yang terdesak". Irving Mead Janus seorang cendikiawan Jerman merumuskan dalam situasi terdesak, musuh bertindak melukakan diri sebagai jalan melepaskan diri dan mengundang empati rakyat. 

Analogi lebih mudah, Pan mengamalkan ulah sang cicak, apabila terancam, ekor di putuskan. Perhatian dan simpati yang di harapkan.

✒Konvensyen PH diadakan January 7th, 2018. Apakah sebelum tarikh tersebut tidak ada sebarang diskusi @ negosiasi dalaman antara kompenan? Ianya sudah tentu perlu bagi mengelakkan situasi selepas konvensyen terjadi. Bahtera bocor dilepaskan, hendak timbul, timbullah, jika tenggelam, tenggelam bersama.

✒Atau apakah selama ini, hanya berlaku perbincangan kompenan PH tanpa melibatkan Pan yang dianggap tidak penting? Kemungkinan ini berdasarkan tiadanya gerak kerja sekretariat konvensyen melibatkan mana² wakil dari Pan.

✒Apakah Pan sebenarnya terlibat dalam diskusi awal, tetapi sememangnya permintaan jumlah kerusi  ditolak majoriti JK tersebut, lalu pihak Pan membiarkan keadaan menjadi polemik sesama Ph, biarkan merasa apa yang pan rasa? Imej buruk tercalar keseluruhan Ph..padan muka.

✒Atau apakah dalam Pan telah terjadinya beberapa blok? Dalam perhatian di media, Bro Mohamad Sabu, Mujahid, dan sebahagian pimpinan Pan langsung tidak ambil peduli kisah agihan kerusi ini sedangkan sebahagian kecil melahirkan kekecewaan seperti Aminolhuda, Asmuni Awi, Salahudin dan beberapa kelompok kecil.

✒Tidak semena-mena Bro Mohamad Sabu disebut Latifa Koya senagai sebagai Campaign Manager bagi T.M @ Ppbm. Justeru wajarlah Pan dikenali parti saling mengencing berkhianat sesama sendiri, apatah lagi jika pimpinan tersebut telah terjamin difaraidkan kawasannya.

Apapun, semua ini adalah pertanyaan semata-mata, jika pimpinan Pan berani menafikannya, sila kemukakan jawapan tuntas.

Walhasil begitulah politik serigala sesama serigala, namanya sama tetapi kelompoknya tetap bermusuh.

Muhasabah Sebelum Rebah.

No comments:

Post a Comment