ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUSAM PENGECUT LARI DARI TERIMA WRIT SAMAN FITNAH?

Sunday 7 January 2018

HUSAM PENGECUT LARI DARI TERIMA WRIT SAMAN FITNAH?


Hanya cacing tidak bergigi tapi lagaknya dia ingin menjadi naga berapi.

Menyembur api nak bakar kami, sayangnya asap berkepul melemaskan dia sendiri.

Asal berkata-kata, fitnahnya berjela, seolah dia sahaja pintar segala sedangkan sekalian jelata dah tahu auta dan belitnya dia.

Itulah Husam Si Penunggu Salor....saban waktu rancak memfitnah dan menumpah nista terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS dan juga PKINK. Apabila dinafikan segala tuduhan, dengan lantang dia kata "Kalu ambo kecek tak betul....SAMANLAH ambo, ambo takut apo" - kemudian akan dicemik mukanya dan dijuih bibirnya. Hebatlah kononnya dia!

Tapi, apabila peguam cuba hantar writ saman kepadanya - menurut si penghantar, asalnya yang patut disaman itu sedang rehat di depan rumah, tetapi sekelip mata boleh hilang dari pandangan sebaik sahaja si utusan melangkah pagar rumah. Hikmat jin belaan agaknya diguna pakai. Anak yang keluar katanya disuruh berbohong "Ayah tak ada. Ayah pesan, segala surat hanya ayah yang boleh terima".

Dengar khabar.....
2 Oktober 2017 - writ saman dihantar menggunakan pos berdaftar tetapi si Husam Penunggu Salor ini enggan terima.

25 Oktober 2017 - writ saman cuba dibuat serahan tangan tetapi gagal kerana hikmat jin mengghaibkan dia dari laman rumah dalam sekilas pandangan.

Dan si Husam Penunggu Salor ini tidak mustahil akan berulang kali menipu rakyat dengan ayat "kalu ambo kecek tok betul, mitok kerajaan negeri saman ambo....kita jjupo di mahkamah. Dio tok saman, betul la bekalih hok ambo teko ni". Dan pastinya dengan memek muka meloyakan itulah dia tuturkan ayat sebegitu. 

Dia fitnah, dia cabar agar dia disaman jika ianya fitnah. Bila writ saman nak diserah, dia lari bagai tak cukup tanah pulak katanya. Agaknya dia nak bawa fitnah tersebut sehingga jasad dia dikambus tanah, di akhirat baru nak jengah mahkamah!

Ayuh anak Kelantan - TOLAK HUSAM SI PENGECUT KAKI FITNAH penunggu wisma pemecah amanah!

Tinta Marhaen

05 Januari 2018

No comments:

Post a Comment