ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: WAN AZIZAH BUKAN LAGI PENGUNDI DI KAJANG !!!

Saturday 30 December 2017

WAN AZIZAH BUKAN LAGI PENGUNDI DI KAJANG !!!


Semakan terhadap daftar undi Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini, beliau telah mengubah kembali alamatnya ke DUN Permatang Pasir dibawah parlimen Permatang Pauh, di Pulau Pinang.

Ini bermakna Wan Azizah tidak lagi layak untuk bertanding di kawasan DUN Kajang pada PRU14 depan berikutan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) meletakkan syarat; calon haruslah pemastautin di negeri yang ingin ditandinginya.

"Wan Azizah Wan Ismail tidak lagi bertanding di DUN Kajang? Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh Wan Azizah sendiri," soal panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Dr Norvandri Hassan Basri.

Ujarnya, pasca PRU13 lepas, Wan Azizah menggunakan alamatnya di negeri Selangor bagi membolehkan beliau bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 2014.

Kata Dr Norvandri, kini Wan Azizah kembali ke Pulau Pinang dan akan bertanding di kerusi selamatnya, Permatang Pauh.

"Sungguh malang kerana penduduk setempat Kajang mempunyai ADUN yang tidak serius memikirkan hal ehwal dan kepentingan mereka. Ianya kerana belum habis tempohnya, Wan Azizah sudah siap untuk 'lari' ke tempat lain.

"Malah, kita semua tahu sandiwara PKR sebelum ini yang memaksa diadakan pilihanraya kecil Kajang hanya kerana mahu memuaskan nafsu politik mereka bukannya disebabkan kepentingan rakyat.," ujarnya merujuk kepada komplot Langkah Kajang yang digubal PKR bagi menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Mengulas lanjut, situasi wakil rakyat 'cabut lari' dari kawasan masing-masing juga berlaku dalam kalangan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang lain.

Jelasnya, tindakan berkenaan berikutan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang tidak menyumbang apa-apa yang signifikan kepada rakyat setempat dan berkemungkinan besar akan kalah jika masih bertanding di situ.

"Inikah calon-calon yang mahu dipilih sekali lagi oleh rakyat pada PRU14 nanti?" katanya lagi.

Dilaporkan sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah juga sudah mengubah alamat pengundiannya ke DUN Komtar dibawah jajahan Parlimen Tanjung Pulau Pinang.

Perpindahan Kit Siang kali ini merupakan perpindahannya kali ke-6 dalam tempoh 11 pilihan raya yang disertainya sejak 1969.

No comments:

Post a Comment