ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TAZKIRAH MALAM JUMAAT

Thursday 28 December 2017

TAZKIRAH MALAM JUMAAT


Assalamualaikum sedikit renungan bersama Insyaallah.
Allah SWT berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(Ali 'Imran: Ayat 200)

Berjuang bukan satu kebetulan tapi ianya
satu pilihan yang telah kita putuskan
dalam hidup ini.Sekali kita melangkah
jangan pernah mengundur. Maralah demi
Agama. Janji Allah Pasti. Jika kita bantu
jalan Allah, Allah pasti akan bantu
kehidupan kita.Bangkit dan berjuanglah
selagi nyawa dikandung badan. di mana
umi dipijak di situ Islam kita julang.

Allah SWT berfirman:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."
(Al-Baqarah : Ayat 286)

No comments:

Post a Comment