ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: *SOLIDARITY KEPADA ADUN PAS SELANGOR*

Tuesday 26 December 2017

*SOLIDARITY KEPADA ADUN PAS SELANGOR*

Biarpun YB Daroyah atau siapa sahaja di luar Pas ingin bermonolog sendirian, usah di war²kan mimpi seorang, hati nan jelatang, lidah nan lancang, bertindak menjadi onar, kembali diam menjadi fitnah. Mohon maaf mudah, mahu di lupa begitu payah... asal kamu di hormati, silap tingkah tidak di endah peduli dek orang.

Jika musuh hendak melihat ada hati yang melatah, mungkin ada yang masih belum gagah menahan fitnah. Iblis pasti turut suka bersenyum sinis... padan muka lebai.

Aku, jangankan goyah, goyang pun tidak. Kepada Adun² Pas yang tinggal aku berikan 

*PENGHORMATAN* tidak bertepi dengan Sikap Istiqomah mereka. Aku ulangi semula, apabila kalian memperbudakkan sikap YB Pas ini, adalah seperti menghina kepercayaan mereka, keyakinan dan pendidikan mereka. Aku tegaskan mereka *Bukan Jalang Politik* seperti kalian, kalian cuma sesumpah atau tumbuhan menjalar menumpang. Pendirian mereka tuntas dengan amanah Allah, sebaliknya maruah kalian seumpama nilai sepinggan beriyani cuma.

Harap mesej ini jelas.
Buat baik tidak bertepi
Buat jahat jangan sekali.
Kepada peliwat tahalluf wajib insafi
Kemuliaan anda sudah lama mati.
Adios peliwat tahalluf.
Solidariti Tidak Bertepi.

No comments:

Post a Comment