ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUSAM SATU DALAM SEPULUH-SUKAR DITUKAR GANTI (HUSAM JUGA BOLEH BERCAKAP DENGAN JIN ???)

Saturday 30 December 2017

HUSAM SATU DALAM SEPULUH-SUKAR DITUKAR GANTI (HUSAM JUGA BOLEH BERCAKAP DENGAN JIN ???)


Tiada yang dapat menandingi kepintaran Dato' Husam Musa, dia bukan saja bijak dalam arena politik PERSEPSI malah dia juga sangat hebat dalam bidang sains dan teknologi malah mendahului jurutera permotoran di Jepun dan Jerman buktinya dia telah perkenalkan sumbu penjimat minyak yg mampu memberikan 115 kuasa kuda utk sebuah motosikal honda EC5. Rakyatnya di Salor amat bertuah kerana dapat jimat minyak motor.

Selain itu Dato' Husam juga pakar dalam bidang pertanian dan perternakan. Dua bulan lepas beliau perkenalkan tanaman bunga matahari di tebing sungai Kelantan kepada pemuda PAN tanpa minta restu dari tuan tanah. InsyaAllah jika umur panjang Rakyat Salor akan dapat mengecapi hasil bunga matahari yang ditanam oleh Dato Husam.

Satu lagi kepakaran Dato Husam ialah pakar BERCAKAP DENGAN JIN. Ilmu ini tidak ada pada pemimpin politik yang lain. Sebab itu banyak maklumat maklumat kerajaan negeri Kelantan beliau berjaya bongkar walaupun kategori maklumat fitnah dan PERSEPSI.

Akhir sekali Dato Husam bijak berfatwa. Katanya boleh pahala tukar kerajaan Islam Kelantan. Kalah semua mufti dan tok guru pondok di Malaysia. Mungkin mahagurunya Ustaz Che Ibrahim Bakul yang geger pasal anaknya rembat TV LCD MASJID MORAK tempohari. Hebat sungguh mung Husam.
Pemimpin sebeginilah yang kita cari selama ini.

Takdirrrrrr.

Prof Abdul Halim Yusoff
Ahli Jawatan Kuasa
Parti Amanah Negara

1 comment:

  1. Husam yg perasan bijak. Ketika jdi exco dulu semua projeknya tak mnjadi malah gagal.

    ReplyDelete