ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: APA LAGI LEPAS NI...MASUK DAP???

Wednesday 27 December 2017

APA LAGI LEPAS NI...MASUK DAP???

Apa lagi lepas ni?! Masuk DAP???

Bismillah.
Demam PRU14 sedang semakin memuncak. Ramai akan meracau bila suhu melangit. Itu biasa.

Virus PRU14 memang virulen dan poten. Jika terjangkit, akan hilang kewarasan. Yang betul dikata salah. Yang salah dikata betul. Yang dulu lawan, dianggap kawan. Yang dulu kawan dilawan habis habisan.
Yang kukuh berprinsip dilabelkan gila jawatan. 
Yang melompat tak tahan kepanasan
Dihias indah bak pahlawan. 

Inilah dia natijah virus virulen PRU14

Paling ketara, jaguh siber lawan amat berminat dengan merencanakan skrip dramatis di negeri antah berantah. Lepas satu episod, satu lagi. Tidak jemu jemu. Pengarah drama best Seller ini mungkin silang berganti. Mungkin lain platform. Tetapi barangkali mereka disatukan dengan matlamat yang sama. Seperti cerita bollywood, boleh dijangka jalan ceritanya.

Saya menjangka tentera Ahzab bergabung mencapai matlamat  bersama iaitu memegang tapuk kerajaan di Putrajaya atau negeri antah berantah.
Tidak mengapa mana mana kumpulan mahu menjadi pemerintah. Bagi saya itu lumrah dunia politik.

Yang menariknya, di antara langkah mereka ialah melaser fokus perhatian kepada YB YB PAS Selangor. Mereka cuba bertubi tubi membina satu persepsi negatif mengenai YB Pas Selangor.
Mereka lontar sebelum ini ada beberapa  YB PAS akan keluar PAS, dulu keluar PAS masuk parti serpihan PAS.

 Terbaru dikatakan pula 10 Adun Pas akan keluar PAS. Kali ini dikatakan masuk PKR.

Oleh kerana pru14, paling lama dalam masa 8 bulan. Adakah skrip berikutnya akan melontarkan pula bahawa sebahagian  Adun PAS Selangor masuk DAP??! Kerana hilang keyakinan kepada PAS. Mesej yang puak ini mahu bina ialah seolah olah PAS tidak kuat. Maka jangan undi Pas. tengok! YB PAS pun dah keluar....

Pada satu masa dahulu, saya pernah menyatakan nak saman RM40juta satu portal lawan kerana menyebarkan fitnah mengenai saya. Kemudian portal itu minta maaf pada saya dan keluarga.

Bagi pemfitnah yang memberi makan anak isteri dengan berita bohong yang melibatkan YB PAS Selangor, eloklah bertaubat.... dan STOP!!!!
Cari makan kerja lain

No comments:

Post a Comment