ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TABUNG HAJI JAWAB TUDUHAN PALSU RAFIZI

Friday 12 February 2016

TABUNG HAJI JAWAB TUDUHAN PALSU RAFIZI


Tabung Haji (TH) menjelaskan bonus bagi 2015 seperti yang diumumkan agensi itu dibayar berdasarkan daripada keuntungan tahun semasa, bukan menggunakan rizab seperti didakwa pembangkang.
Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH berkata, keuntungan terkumpul TH masih kekal positif walaupun selepas pembayaran bonus 2015 dilakukan baru-baru ini.
“Keuntungan terkumpul TH kini adalah RM609 juta berbanding RM293 juta pada akhir 2014. Usaha ini adalah langkah awal dan selaras saranan Bank Negara Malaysia untuk TH menyemak kembali polisi rizab sedia ada.
“Ingin ditekankan di sini sekali lagi bahawa Bonus 2015 adalah dibayar berdasarkan daripada keuntungan tahun semasa dan tidak sesekali menggunakan rizab,” kata kenyataan itu.
TH turut menjelaskan penyata kewangan agensi itu disediakan mengikut piawaian pelaporan kewangan yang diterbitkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) dan menurut prinsip syariah.
Malah, Ketua Audit Negara pada 3 Februari 2016 mengesahkan Jabatan Audit Negara telah menyemak polisi perakaunan yang digunapakai oleh TH adalah konsisten dan mematuhi konsep berhemat (prudence).
Oleh yang demikian, kata TH, tiada sebarang isu berkaitan dengan ‘creative accounting’ yang digunapakai oleh TH seperti yang digembar-gemburkan oleh setengah pihak.
“Mengenai isu rizab negatif, untuk makluman TH ada dua kategori rizab iaitu Rizab Boleh Agih dan Rizab Tidak Boleh Agih. Rizab Boleh Agih adalah terdiri daripada keuntungan terkumpul dan juga keuntungan tahun semasa.
“Manakala, Rizab Tidak Boleh Agih TH adalah daripada Rizab Nilai Saksama (AFS reserve) yang berubah mengikut pasaran saham semasa,” jelas TH.
TH turut memaklumkan telah mengkredit sebanyak RM3.2 bilion bayaran bonus kepada 8.85 juta kepada pendeposit sejak 8 Februari 2016.
“Pendeposit boleh mengemas kini buku akaun TH masing-masing di semua kaunter TH seluruh negara atau menyemak bayaran bonus melalui ATM rakan-rakan strategiknya,” kata TH.
Kenyataan TH itu sekali gus menepis pelbagai tohamahan dibuat oleh pakar propaganda yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli mengenai agensi itu sebelum ini.
Rafizi sebelum ini membuat pelbagai tuduhan palsu berhubung kedudukan kewangan TH bagi menghasut orang ramai supaya mengeluarkan wang simpanan mereka sekali gus boleh menyebabkan TH lumpuh.
AD

No comments:

Post a Comment