ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MUKHRIZ UMUM LETAK JAWATAN, AHMAD BASHAH MB KEDAH BAHARU

Wednesday 3 February 2016

MUKHRIZ UMUM LETAK JAWATAN, AHMAD BASHAH MB KEDAH BAHARU


ALOR SETAR - Krisis Menteri Besar Kedah dilihat hampir ke penghujungnya apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan beliau akan berundur dari jawatan tersebut.

Pengunduran ini dibuat secara rasmi menerusi satu sidang media sebentar tadi.

Mukhriz mengumumkan pengunduran tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

"Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam," katanya dalam sidang media di Wisma Darul Aman di sini.

Beliau juga turut mengumumkan akan letak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Mukhriz berkata, beliau akan tetap setia kepada Umno walaupun kini tidak mempunyai sebarang jawatan.

Difahamkan, Mukhriz terpaksa berbuat demikian selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati bahawa Adun Ayer Hitam itu telah hilang kepercayaan daripada majoriti Adun negeri itu.

Istiadat angkat sumpah Menteri Besar akan diadakan pada Khamis ini.

Kemelut krisis kepimpinan UMNO Kedah berakhir hari ini apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar (MB) berkuat kuasa serta merta di Alor Setar sebentar tadi.
Beliau juga mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah sebagai MB Kedah yang baharu.


No comments:

Post a Comment