ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 'DEBAT DR ASRI, ZAMIHAN TIDAK PERLU' - JAMIL KHIR

Friday 12 February 2016

'DEBAT DR ASRI, ZAMIHAN TIDAK PERLU' - JAMIL KHIR



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata program perdebatan antara Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin Al-Ghari tidak perlu diadakan.

Sebaliknya, beliau meminta diskusi itu diadakan secara tertutup sekiranya wujud keperluan mendesak untuk berbuat demikian.


"Malah, diskusi itu perlu diadakan dengan harmoni, mengambil kira pandangan-pandangan ulama sunni yang muktabar (terhormat), elakkan tuduh-menuduh, mengekalkan semangat persaudaraan dalam Islam dan menyelesaikan pertikaian melalui kerangka ilmu menerusi diskusi tertutup itu sahaja," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Jamil Khir berkata Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang bergerak seiring dengan pandangan ulama muktabar di seluruh dunia yang berpegang teguh kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Prinsip aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menekankan nilai-nilai kesederhanaan (wasatiyyah) dan sentiasa berpandangan terbuka terhadap perkara-perkara furu'iyyah (perbezaan) di dalam Islam serta mengelakkan permusuhan dan persengketaan sesama Islam, katanya.


Media melaporkan perdebatan itu, yang bertajuk 'Ekstremisme Agama di Malaysia: Satu Diskusi', akan diadakan pada 9 malam, Rabu ini  di Jabatan Perdana Menteri.
Astro Awani

No comments:

Post a Comment