ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS TIDAK SEPATUTNYA TERPERANGKAP PERMAINAN POLITIK SANDIWARA PKR – ANUAR

Friday 4 December 2015

PAS TIDAK SEPATUTNYA TERPERANGKAP PERMAINAN POLITIK SANDIWARA PKR – ANUAR


Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata Pas tidak sepatutnya meletakkan kepercayaan  kepada rakan sekutunya PKR kerana mereka hanya akan bernilai dan dihargai sehingga Pilihan Raya Umum akan datang sahaja.

Justeru kata beliau buat masa ini Pas perlu berkira-kira dan bermain politik dengan bijak dan perlu memahami gerak tari langkah politik sekutunya itu yang dilihat bermain wayang dalam permainan politik mereka baik di peringkat nasional mahu pun di negeri Selangor.

“Saya cukup masak dengan permainan politik PKR ini. Pas perlu sedar dan perlu tahu bagaimana politik yang diguna pakai PKR hari ini. Pas tidak sepatutnya terus diperangkap dan dipermain-mainkan dengan parti yang penuh sandiwara ini.

“Saya yakin dan penuh perPanPKRDapcaya jika diberi pilihan antara Pas dan Dap, PKR tentunya akan memilih DAP dan Pas pula akan terus terkontang-kanting. Melihat kepada senario yang ada dan permainan politik PKR itulah yang kita boleh jangkakan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Anuar Shaari seterusnya menambah jika itu berlaku ianya bukanlah politik yang mengejutkan dan masyarakat umum boleh melihat perkara berkenaan menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Ujar beliau PKR tidak mampu berdiri dengan sendiri dan tentunya apabila tiba masanya nanti parti pimpinan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail perlu membuat pilihan dan perlu berkorban dalam memilih rakan sekutu.

“Bagi PKR mereka sama sekali tidak mampu kehilangan Dap.  Ini kerana jika mereka menolak Pas, mereka mempunyai pilihan pengganti iaitu parti serpihan Pas iaitu Parti Amanah.

“Jadi kepada kesimpulan di atas adalah Pas yang akan menjadi mangsanya dan sebab itulah penekanan tadi bahawa tidak perlunya Pas menaruh kepercayaan dan keyakinan yang tinggi kepada rakan sekutunya itu.

“Rasanya sudah tiba masa untuk Pas memikirkan jalan politik yang terbaik untuk mereka dan bukannya bergantung harap sepenuhnya kepada PKR. Percayalah nasib malang bakal menimpa mereka jika terus mengambil sikap sedemikian,” ujarnya.
MediaUMNO

No comments:

Post a Comment