ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUSAM JUMPA DEWAN HARIAN PAS HARI INI

Monday 30 November 2015

HUSAM JUMPA DEWAN HARIAN PAS HARI INI

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengesahkan beliau akan mengadakan pertemuan  dengan Jawatakuasa Dewan Harian Pas Pusat‎ hari ini.

‎Ujarnya pertemuan itu akan diadakan di Ibu Pejabat Pas Jalan Raja Laut sekitar jam 2 petang.

"Sekembali saya dari China, saya menerima pesanan whatsapp dari Setiausaha Agung Pas menjemput saya menemui Jawatankuasa Dewan Harian Pas Pusat.

"Saya telah memberikan tarikh 30hb November (hari  ini) untuk pertemuan itu, insya-ALLAH saya akan hadir" katanya dalam satu kenyataan medianya.

‎Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas  Datuk Takiyuddin Hassan menetapkan 24 November lalu untuk mengadakan pertemuan itu, namun ditunda atas sebab faktor kesihatan Husam.

Pertemuan itu diadakan bagi mendengar penjelasan Husam berhubung isu yang dibangkitkan beliau sebelum ini berkaitan pentadbiran Kelantan, dan dakwaan beliau mengenai tindakan Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang yang mahu mewujudkan kerjasama politik antara Pas dan Umno‎ di Selangor.
SH

No comments:

Post a Comment