ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI : EMPAT JEMAAH HAJI MALAYSIA DISAHKAN TERKORBAN

Monday 14 September 2015

TERKINI : EMPAT JEMAAH HAJI MALAYSIA DISAHKAN TERKORBAN


PETALING JAYA:
 Setakat ini, seramai empat jemaah haji Malaysia disahkan terkorban dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lalu. 

"Pada jam 6 petang (Ahad) waktu (Arab) Saudi, Tabung Haji mengenal pasti tiga lagi jenazah. Mereka ialah Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37 dari Tanah Merah, Kelantan; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan.

"Ketiga-tiga mereka disahkan oleh waris dan keluarga yang bersama-sama di Tanah Sudi di rumah mayat" kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya pada lewat malam Ahad.

Terdahulu, Rusiah Suar, 56, dari Sungai, Perak dikenal pasti sebagai jemaah Malaysia yang pertama terkorban dalam insiden itu.


No comments:

Post a Comment