ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MOHD AMAR MENGAKU BELI RANGE ROVER !!!

Thursday 27 August 2015

MOHD AMAR MENGAKU BELI RANGE ROVER !!!

MOHD AMAR : Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan
harga pasaran bagi kenderaan baharu sekitar RM300,000.
Setelah tersebar di media sosial dakwaan memiliki beberapa kenderaan mewah, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui membeli kenderaan pacuan empat roda Range Rover bernilai RM200,000.

Harakahdaily melaporkan naib presiden PAS itu berkata, Range Rover tersebut dibelinya dengan harga di bawah pasaran kerana ia kereta terpakai (second hand).

"Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan harga pasaran bagi kenderaan baharu sekitar RM300,000," katanya seperti dilaporkan portal milik PAS itu.

Namun Harakahdaily tidak melaporkan sama ada pendapatan Mohd Amar selaku timbalan menteri besar melayakkan beliau memiliki beberapa buah kereta mewah seperti yang tersebar di media sosial.

No comments:

Post a Comment