ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BERSIH 4.0 BAKAL CETUS HURU HARA

Thursday 27 August 2015

BERSIH 4.0 BAKAL CETUS HURU HARA


KUALA LUMPUR 27 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan akan wujud kumpulan yang akan mencetuskan huru hara dalam perhimpunan haram Bersih 4.0 hujung minggu ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata kumpulan anarki dalam perhimpunan haram berkenaan bertujuan mencetuskan provakasi terhadap polis supaya pihak berkuasa menggunakan kekerasan terhadap peserta.

"Tindakan provokasi berkenaan adalah untuk menyebabkan polis dipersalahkan kerana menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan haram itu sekali gus akan meningkatkan kebencian terhadap pihak berkuasa dan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nur Jazlan berkata, polis akan menggerakkan kira-kira 4,000 anggotanya bagi memastikan ketenteraman awam serta keselamatan rakyat ketika perhimpunan haram berkenaan dan tidak akan bertolak ansur bagi mengelakkan berlaku sebarang tindakan yang mengancam nyawa masyarakat.

Katanya, perhimpunan haram berkenaan yang turut diadakan di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur selain Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah membabitkan kos tinggi berjuta ringgit terhadap kerajaan berikutan perlu menggerakkan sejumlah besar anggota polis serta kelengkapan semata-mata untuk mengawasi peserta perhimpunan berkenaan.

Nur Jazlan berkata, lebih menyedihkan apabila peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 itu sebenarnya diperalatkan pembangkang yang menjadikan mereka sebagai alat politik untuk menumbangkan kerajaan.

"Saya melihat persamaan dengan perhimpunan Bersih tahun 2012, di mana pemimpin BersIh ketika itu penyertaan parti politik pembangkang sudah merosakkan matlamat untuk berhimpun secara aman apabila tercetusnya kekacauaan.

"Sebenarnya, apa yang diperkata penganjur perhimpunan haram berkenaan sebagai hak untuk berhimpun serta mempunyai usaha murni adalah pembohongan semata-mata kerana terbukti ia didalangi ahli politik pembangkang," katanya.

Nur Jazlan berkata, jika rakyat benar-benar sudah tidak mempercayai kerajaan Barisan Nasional (BN) mereka hanya perlu menunggu dua tahun lagi sebelum Pilihanraya Umum (PRU) 14 diadakan.

Katanya, motif berhimpun secara haram ini dengan cuba mengambil semangat menyambut Hari Kemerdekaan adalah demi kepentingan segelintir pihak yang jelas mengenepikan hak majoriti rakyat Malaysia yang hidup aman dan tenteram selama ini.

"Saya benar-benar berharap supaya rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 ini kerana kemungkinan kekacauan berlaku amat tinggi disebabkan kita tidak mengetahui tujuan sebenar disebalik perhimpunan tersebut.

"Untuk itu saya benar-benar berharap supaya rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 ini kerana kemungkinan kekacauan berlaku amat tinggi disebabkan kita tidak mengetahui latar belakang peserta demonstrasi berkenaan yang mungkin terdiri daripada kumpulan yang mahu mengambil kesempatan menimbulkan huru hara.
"Atas sebab itu, polis tidak bersetuju dengan kaedah demontrasi kali ini kerana tiada siapa yang jelas boleh dipertanggungjawabkan apabila menanggung kecederaan dan berlaku kerosakan harta benda serta," katanya.

No comments:

Post a Comment