ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TOLONG SEDAR WANG 1MDB ITU MILIK RAKYAT !!!

Friday 29 May 2015

TOLONG SEDAR WANG 1MDB ITU MILIK RAKYAT !!!

1MDB

SHAH ALAM – Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee membidas tindakan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy yang gagal hadir pada prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Selasa lalu.

Syed Ali mendakwa, Arul boleh pula segera kembali ke tanah air daripada urusan di luar negara untuk menghadiri majlis makan malam sulit dengan orang-orang ternama.

“Arul Kanda tidak dapat hadir ke prosiding PAC pada Selasa. Tapi boleh balik ke tanah air dari urusan di luar negara itu untuk menghadiri sesi makan malam sulit dengan orang-orang ternama termasuk Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad di Aloft, KL Sentral pada Rabu malam.

“Mengikut urutan cerita, Arul sepatutnya berada di luar negara, dia minta maaf tak dapat hadir ke prosiding sebab urusan di sana.

“Shahrir beritahu media, menuntut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin buat kenyataan terbuka mengenai kemelut 1MDB dan kemudian ajaibnya, Arul muncul untuk makan malam yang selesa dengan Shahrir dan lain-lain. Ini sandiwara yang meninggalkan tanggapan yang buruk,” katanya yang dipetik melalui blognya, hari ini.

Isnin lalu, Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed‎ mengumumkan prosiding 1MDB yang dijadualkan berlangsung keesokannya terpaksa ditangguhkan susulan kedua-dua orang pentingnya mempunyai urusan di luar negara iaitu Arul dan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi.

Mengulas lanjut, Syed Ali mengingatkan bahawa kes 1MDB itu melibatkan kehilangan dana negara dalam jumlah yang besar namun sehingga kini masih tiada penjelasan apa yang berlaku.

“Sejumlah wang yang besar telah hilang dari dana negara yang sepatutnya disalurkan untuk pembangunan negara.

“Kita mempunyai bukti daripada laporan akhbar berkaitan ahli perniagaan, Jho Low. Rakyat marah tapi kita belum mendengar sebarang penjelasan yang konkrit tentang apa yang berlaku pada berbilion dolar (USD) itu.

“Jadi, daripada mengadakan pertemuan sulit, urusan dari ‘pintu belakang’ dan cuba menggunakan ketidakstabilan kewangan 1MDB untuk keuntungan politik, mari kita betulkan,” katanya.
sh

No comments:

Post a Comment