ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SUSPEK KES CULIK KANAK-KANAK DITAHAN KETIKA SEDANG MINTA SEDEKAH

Monday 25 May 2015

SUSPEK KES CULIK KANAK-KANAK DITAHAN KETIKA SEDANG MINTA SEDEKAH



SEORANG individu berusia 22 tahun yang dipercayai suspek culik seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dan memaksanya mengemis, berjaya ditangkap orang ramai pagi tadi.

Suspek yang berasal dari Terengganu dicekup di kawasan berhampiran Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 10.20 pagi tadi setelah kegiatannya dapat dihidu.

Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim, individu tersebut masih berada dalam tahanan polis dan pihaknya bakal mendapatkan perintah reman esok.

Dalam satu sidang media di IPPK Kelantan beliau berkata, “Polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengesan sama ada lelaki ini terbabit dalam mana-mana sindiket.

“Siasatan awal yang dilakukan polis percaya kemungkinan dia bergerak secara bersendirian. Namun siasatan akan diteruskan dan disebabkan itulah kita perlukan perintah reman untuk siasatan diteruskan.

Ketika ditahan tidak terdapat mangsa lain bersama kanak-kanak tersebut, namun ianya berkemungkinan kerana waktu masih awal.

Menurut Mazlan, polis kini sedang siasat di mana tempat tinggal suspek walaupun siasatan awal mendapati dia seperti gelandangan.

“Kita juga mendapati tiada sebarang maklumat termasuk kad pengenalan pada dirinya tetapi latar belakangnya akan disiasat dengan lebih lanjut.

“Selain itu, pihak polis akan turut menyiasat kebarangkalian terdapat mangsa lain yang turut dipaksa meminta sedekah oleh remaja terbabit,” katanya.
NSTP
Dalam kejadian yang berlaku tiga hari lalu, mangsa, Aiman Kamarulzaman, 7, telah diculik ketika menemani bapanya ke Masjid Muhammadi untuk menunaikan solat.

Menceritakan detik-detik kejadian, mangsa memaklumkan bahawa dia telah dipukul dengan buluh di bahagian kaki dan belakang badan oleh seorang remaja.

Dia kemudiannya diberikan satu bekas dan dipaksa mengemis di kawasan KB Mall bersama-sama beberapa kanak-kanak lain.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menculik.
MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment