ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LOT MASJID TELIPOT "DICABUL"!!!

Friday 29 May 2015

LOT MASJID TELIPOT "DICABUL"!!!


Satu bantahan aman (flashmob) oleh Persatuan Penduduk Kejiranan Raja Dewa telah di adakan di perkarangan Masjid Telipot pada Jumaat, 29 Mei 2015 selepas solat Jumaat untuk membantah pembinaan Kondominium 24 tingkat yang telah dirancang oleh Yayasan Islam Kelantan di atas lot tanah PT470 (Tapak Tadika Tengku Anis, Jalan Telipot) yang terletak betul-betul disebelah Masjid Sultan Muhammad II. Bantahan ini adalah disebabkan :-

1) Ketidakpuasan hati penduduk dan kariah Masjid Telipot yang mendakwa ia bakal menganggu Masjid Telipot dan keperluan sebenar Masjid Telipot adalah pembesaran untuk menampung jumlah jemaah yang semakin ramai 

2) Kebimbangan penduduk setempat keatas Kondominium 24 tingkat ini, bakal dimiliki oleh orang bukan Islam yang akan tinggal disitu kerana harga jika diambil kira 'benchmark' Kondominium Tijani Raja Dewa yang dibina berhampiran, ia bakal mencecah hingga RM600k sebuah. Ia akan menimbulkan suasana tidak selesa kepada Jemaah Masjid dan Kejiranan Raja Dewa itu sendiri.

3) Adalah lebih baik Tanah Lot PT 470 itu diberikan ruang kepada Pembesaran Masjid dengan berbagai aktiviti seperti pusat pengajian, tempat letak kereta Jemaah dan sebagainya yang lebih berfaedah.

4) Penduduk Raja Dewa juga merintih kerana dengan terbinanya Kondominium 24 tingkat ini, tiada lagi kawasan Lapang untuk beriadah dan anak-anak mereka bermain kerana kawasan disebelah kuartes lama juga akan dibangunkan dengan 'Komuniti Berpagar Mewah TIJANI'

5) Penduduk juga meragui cara kelulusan Pelan Bangunan Kondominium yang di pohon oleh Yayasan Islam Kelantan dan diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu yang mana ia di pohon di atas lot Masjid Telipot itu sendiri iaitu Lot 235 yang diluluskan oleh MPKB pada 20 Ogos 2014. Kebimbangan juga ia bakal menggangu bahagian-bahagian tertentu dalam kawasan Masjid Telipot.

6) Penduduk juga meragui bagaimana penyerahan tanah kepada Yayasan Islam Kelantan yang baru diluluskan dan dikeluarkan no lot PT 470 hanya dalam masa tidak sampai setahun dari file ukur dimasukkan iaitu pada 30 Julai 2014, seolah-olah tergesa-gesa dilakukan.

7) Satu surat bantahan telah dihantar kepada Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Ahmad Yaakob bertarikh 11 September 2014 dan salinannya kepada 11 Induvidu dan Jabatan yang lain termasuk TMB, ADUN BUNUT PAYONG, EXCO KERAJAAN TEMPATAN, AHLI PARLIMEN , YDP MPKB, CEO PKINK, YAYASAN ISLAM KELANTAN dan DO KOTA BHARU tetapi amat mengecewakan bantahan ini tidak diambil peduli oleh mereka.

Jesteru itu sekali lagi Pihak Penduduk Kejiranan Raja Dewa memohon kepada seluruh rakyat Kelantan turut sama menyokong untuk membantah pembinaan Kondominium 24 Tingkat bersebelahan Masjid Sultan Muhammad II ini demi untuk menjaga Institusi Masjid dan syiar Islam dibumi Kelantan. 

Sekian , Wassalam

















No comments:

Post a Comment