ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISU TUKAR MB SELANGOR ADALAH BERITA PALSU !!!

Monday 20 April 2015

ISU TUKAR MB SELANGOR ADALAH BERITA PALSU !!!


Berita palsu isu tukar MBSABAK BERNAM - Pas Selangor menolak khabar angin kononnya terdapat lima Adun PKR akan keluar parti dan bekerjasama dengan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, berita palsu itu dikhuatiri mengundang banyak kesan buruk kepada rakyat di negeri ini.

Menurutnya, Pas negeri sentiasa mendapat kerjasama baik daripada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, malah semua program kerajaan negeri berjalan lancar.

“Hubungan Pas dan rakan dari PR di negeri ini baik dan tak ada sebab mengapa kita nak tukar menteri besar sekali lagi, malah kami menegaskan tiada ura-ura untuk kita buat (berbincang menubuhkan) kerajaan campuran dengan Umno,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berita palsu itu ditimbulkan sesetengah pihak yang cuba memburukkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar Pas, Jun depan.

Ditanya apakah tindakan provokasi itu dicetuskan ahli Pas sendiri sempena pemilihan yang sedang dijalankan di peringkat kawasan, Iskandar berkata, beliau tidak menuduh sesiapa kerana tiada bukti, tetapi jika ahli Pas terlibat mereka mestilah dirujuk kepada kepimpinan Pas Pusat.

“Saya tak rasa mereka (ahli Pas) terlibat, mungkin pihak luar, tetapi saya gesa agar berita palsu seperti ini dihentikan segera,” katanya.

Terdapat portal berita online melaporkan, Abdul Khalid dijangka kembali menerajui Selangor bagi menggantikan Mohamed Azmin.

Menurut sumber portal berkenaan, satu perjumpaan rahsia antara Abdul Khalid dan Abdul Hadi telah diadakan di Jakarta bagi membincangkan perkara tersebut

No comments:

Post a Comment