ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: [UPDATE] #KITALAWAN : PAS TIDAK KELUAR ARAHAN SERTAI HIMPUNAN PADA 07 MAC

Friday 6 March 2015

[UPDATE] #KITALAWAN : PAS TIDAK KELUAR ARAHAN SERTAI HIMPUNAN PADA 07 MAC

Pas Tidak Sertai Himpunan #kitalawan Esok ! – Hadi
KUALA LUMPUR – PAS hari ini menafikan telah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengarahkan ahli dan penyokongnya menyertai Himpunan #kitalawan esok.
Penafian tersebut dilakukan berikutan satu kenyataan yang menggunakan nama Presiden PAS,  Abdul Hadi Awang yang dikesan penyebarannya melalui mesej Whatsapp dan facebook sejak pagi tadi.
Menurut Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, Ahmad Shamsuri Mukhtar yang dihubungi sebentar tadi kenyataan akhbar tersebut adalah palsu.
“Sehingga kini tiada kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Tuan Guru Presiden.
“Presiden akan mengeluarkan kenyataan mengenainya sebentar lagi,” ujarnya.
Shamsuri turut mengesahkan sehingga kini tiada sebarangan arahan yang dikeluarkan untuk ahli PAS menyertai perhimpunan esok.
Dalam kenyataan media yang disahkan palsu itu Hadi didakwa telah menyeru seluruh kepimpinan dan ahli PAS supaya turun berjihad seiring dengan PKR dan DAP sebagai tanda solidariti kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

[UPDATE]
Pas nafi kenyataan palsu tersebar hari ini
SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan mengeluarkan dua kenyataan berkaitan larangan atau gesaan dari pihak Pas ke atas ahlinya untuk menyertai perhimpunan Solidariti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diadakan di hadapan Kompleks Beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, esok.

Menurut Abdul Hadi, beliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan perhimpunan yang akan berlangsung esok kerana beliau kini sedang sibuk mengerjakan ibadah di Mekah.

“Sukacita dimaklumkan Tuan Guru kini sedang berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan Ibadah Umrah.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa kenyataan media yang dikeluarkan pada 6 Mac (hari ini) adalah palsu,” katanya seperti yang dipetik menerusi posting di akaun Facebooknya.

Dua kenyataan media yang didakwa dikeluarkan oleh Abdul Hadi mengenai himpunan esok menjadi viral hari ini.

Satu kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Abdul Hadi memaparkan larangan keras terhadap ahli-ahli Pas daripada menyertai himpunan tersebut.

Manakala satu lagi kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh beliau memaparkan sokongan beliau ke atas ahli-ahli Pas dalam menyertai himpunan itu.

Kenyataan-kenyataan tersebut memaparkan tandatangan serta pengakuan Abdul Hadi sebagai penulis dan turut dikeluarkan sebagai surat rasmi parti.-SH

Pas nafi kenyataan palsu tersebar hari ini

No comments:

Post a Comment