ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: FERRAI KUNIMG LANGGAR PEMBAHAGI JALAN, ZIZAK RAZAK SELAMAT

Wednesday 18 March 2015

FERRAI KUNIMG LANGGAR PEMBAHAGI JALAN, ZIZAK RAZAK SELAMAT



PETALING JAYA: Kereta Ferrari yang dipandu Zizan Razak hanya mengalami kerosakan kecil selepas melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama di Putrajaya, pada petang Selasa.

Pembantu peribadinya, Izwan mengesahkan perkara itu dan memberitahu Zizan, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya masih belum membuat laporan polis berhubung insiden itu.

"Dia hanya terlanggar pembahagi jalan sedikit sahaja di bahagian depan kereta tersebut.

"Bagaimanapun tidak ada kerosakkan teruk dan Zizan juga berada dalam keadaan baik. Buat masa ini saya belum pasti sama ada Zizan mahu buat laporan polis atau tidak," ujarnya kepadamStar Online, ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Dalam pada itu Izwan menafikan gambar kemalangan kereta Ferrari seperti yang tersebar di laman-laman sosial adalah milik pelawak tersebut.

"Gambar-gambar yang tersebar tentang Ferrari kuning itu bukan milik Zizan. Selepas kecoh cerita kemalangan itu, banyak berita dan gambar palsu yang dikeluarkan," katanya.

Sementara itu, Zizan turut memuat naik gambarnya pada petang Rabu dengan kapsyen memberitahu dia berada dalam keadaan baik.

Zizan dalam proses penggambaran drama Angin Cinta bersama pelakon Ummi Nazeera terbitan syarikat milik aktres Liyana Jasmay.

mStar

No comments:

Post a Comment