ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 3 LELAKI MABUK DITETAK SAMPAI MATI DI KAWASAN PERKUBURAN !!!

Tuesday 17 March 2015

3 LELAKI MABUK DITETAK SAMPAI MATI DI KAWASAN PERKUBURAN !!!


KUALA LUMPUR – Mayat tiga lelaki dipercayai warga Myanmar berusia 20-an ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala dan badan di kawasan perkuburan Jalan Kuari, Cheras, di sini, tengahari semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, ketiga-ketiga mereka yang ditemui kira-kira jam 1 hasil maklumat orang awam.

Siasatan awal katanya mendapati mangsa sebelum itu dilapor sedang melepak dan meminum minuman keras di kawasan tanah perkuburan itu sejak tengah malam tadi.

Bagaimanapun katanya, berlaku pergaduhan di kawasan terbabit membabitkan beberapa individu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah akibat ditetak dan dikelar.

“Ketiga-tiga mangsa ditemui berasingan di kawasan itu dan sedang mengenal pasti identiti mereka kerana kita tidak menemui dokumen pengenalan diri,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, siasatan lanjut juga sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tiada tangkapan dilakukan setakat ini.
Credit : AAKJ

No comments:

Post a Comment