ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TARIKH UNDI PRK DUN CHEMPAKA BUKAN KETIKA SIDANG DUN KELANTAN - SPR

Friday 20 February 2015

TARIKH UNDI PRK DUN CHEMPAKA BUKAN KETIKA SIDANG DUN KELANTAN - SPR

SPR Chempaka

Pas masih boleh berkempen seperti biasa dalam PRK Dun Chempaka walaupun tarikh undian hampir dengan sidang Dun Kelantan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ini kerana sidang Dun Kelantan hanya akan berlangsung selama tiga hari iaitu dari 16 hingga 18 Mac depan, manakala PRK ditetapkan pada 22 Mac.

“Bukannya tarikh mengundi itu ketika sidang Dun berlangsung,” katanya.


Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, dalam tempoh tiga hari sidang Dun itu, Pas masih boleh meneruskan kempen pada sebelah malam.

“Sidang Dun siang hari sahaja, jadi sebelah malamnya boleh teruskan kempen.

“Saya yakin tidak akan memberikan kesan kepada kempen mereka. Apa yang penting bukan bertindih hari mengundi bagi orang awam,” ujarnya.
SH

No comments:

Post a Comment