ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KERAJAAN KELANTAN HANTAR NOTIS KEKOSONGAN DUN CHEMPAKA KEPADA SPR HARI INI

Sunday 15 February 2015

KERAJAAN KELANTAN HANTAR NOTIS KEKOSONGAN DUN CHEMPAKA KEPADA SPR HARI INI

Hasil carian imej untuk dun kelantan 2014

Kota Bharu: Kerajaan Kelantan akan menghantar notis kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini selepas penyandangnya Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia, Khamis lalu.

Speaker DUN Kelantan yang juga Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS, Datuk Abdullah Ya'kub berkata, surat itu akan dihantar kepada SPR untuk tindakan selanjutnya bagi mengisi kekosongan di DUN berkenaan.

Katanya, surat terbabit akan dihantar sendiri oleh Pengarah SPR Kelantan Mohamad Mahmud kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Bergantung kepada SPR untuk menentukan sama ada pilihan raya kecil bagi DUN itu berjalan atau tidak," katanya yang turut menyambut baik cadangan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang tidak akan meletakkan calon UMNO di kawasan itu.

Beliau berkata, cadangan berkenaan amat baik kerana akan mengurangkan tenaga dan kos.
hmetro

No comments:

Post a Comment