ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AL FATIHAH : RAJA ARAB SAUDI, RAJA ABDULLAH MANGKAT

Friday 23 January 2015

AL FATIHAH : RAJA ARAB SAUDI, RAJA ABDULLAH MANGKAT




RIYADH: Raja Abdullah bin Abdulaziz mangkat pada Jumaat, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh istana diraja.

Putera Mahkota Salman turut diumumkan sebagai pengganti mewarisi tahkta negara yang terkenal dengan hasil minyak.

Sebelum berita kemangkatan itu diumumkan, saluran televisyen Arab Saudi memainkan surah Al-Fatihah dan ayat-ayat al-Quran, yang biasa dilakukan apabila berlaku kematian dari kalangan kerabat diraja.

Raja Abdullah yang mula menaiki takhta pada tahun 2005 menggantikan abang tiri baginda, Raja Fahd, menerima rawatan di hospital sejak beberapa minggu kerana gering akibat jangkitan paru-paru.

Sementara itu, adik tiri Raja Abdullah,  Muqrin, yang berusia dalam lingkungan 60-an, bakal diangkat sebagai putera mahkota.

Fahd, Abdullah dan Muqrin merupakan putera-putera kepada pengasas Arab Saudi moden iaitu Raja Abdulaziz yang telah mangkat pada tahun 1953.

Abdullah disifatkan sebagai seorang yang membawa perubahan di Tanah Arab dan antara perkara yang diingati adalah Baginda membenarkan pentadbiran Baginda dikritik secara sederhana dan pernah memberi pandangan bahawa kaum wanita perlu dibenarkan untuk bekerja.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mewakili rakyat negaranya menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas kemangkatan Abdullah.




No comments:

Post a Comment