ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 4 GAMBAR REMAJA MAUT JATUH DARI TINGKAT 6 KUARTERS POLIS

Tuesday 20 January 2015

4 GAMBAR REMAJA MAUT JATUH DARI TINGKAT 6 KUARTERS POLIS



Seorang remaja lelaki maut selepas terjatuh dari kediaman keluarganya di tingkat enam kuarters Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Padang Tembak, Air Itam, Georgetown tengah kelmarin (Isnin).

Kejadian pada pukul 1.15 petang itu mengakibatkan mangsa, Mohd Hizri Jaafar, 18 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Mangsa merupakan anak salah seorang anggota polis yang berkhidmat di sana.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa maut lima minit sebelum ambulan tiba di lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, setakat ini kes remaja berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


No comments:

Post a Comment