ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LGE INGATKAN PAS JANGAN CUBA HINA PAKATAN RAKYAT !!!

Sunday 21 December 2014

LGE INGATKAN PAS JANGAN CUBA HINA PAKATAN RAKYAT !!!


DAP berterusan memperlekehkan Pas apabila menyifatkan komitmen sekutunya dalam pakatan pembangkang untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebagai satu penghinaan.

Setiausaha Agung-nya yang belum di-sahkan, Lim Guan Eng berkata, hasrat Pas untuk menguatkuasakan hudud mesti dilakukan dalam kerangka pakatan pembangkang dengan setiap parti hendaklah menepati janji-janjinya.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan, tindakan Pas itu bercanggah dengan konsensus yang dicapai pada 2008, malah pelaksanaan hudud tidak disebut langsung dalam dasar umum dan manifesto pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“Sikap Pas tersebut boleh dianggap sebagai satu penghinaan berikutan kesediaan Pas bekerjasama dengan musuh ketatnya, UMNO dan menentang kehendak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP,” katanya dalam kenyataan melalui laman blognya.

Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Petaling Jaya, Selangor pada 14 Disember lalu meluluskan resolusi menolak pelaksanaan hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan.

Guan Eng ketika berucap merasmikan persidangan tersebut memberitahu, penolakan hu­dud perlu dimuktamadkan kerana itu adalah aspirasi pengundi dalam memberi sokongan kepada pembangkang untuk merampas Putrajaya.

Perang dingin seterusnya tercetus dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang apabila Pas bertegas dengan pendirian untuk melaksanakan hudud di Kelantan tahun depan walaupun terpaksa berdepan tentangan keras DAP.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mempersoalkan mengapa Pas tidak melaksanakan hudud di Perak dan Kedah selepas memenangi dua negeri berkenaan pada PRU-12.

“Kita mengesyaki Pas bersungguh-sungguh ingin melaksanakan hudud selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana parti itu tidak lagi memberi penekanan terhadap tadbir urus yang baik.

“Pas tidak lagi mempunyai keyakinan untuk menarik sokongan pengundi dengan bersandarkan kepada prestasinya dari segi kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan,” jelasnya.

Beliau berkata, kira-kira 80 peratus pengundi yang menyokong Pas pada PRU-13 akan dikhianati kerana mereka mengundi parti itu semata-mata untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan bukan bersetuju dengan pelaksanaan hudud.
Utusan.

No comments:

Post a Comment