ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BANJIR : 15 LALUAN DITUTUP KEPADA LALULINTAS DI KELANTAN

Tuesday 23 December 2014

BANJIR : 15 LALUAN DITUTUP KEPADA LALULINTAS DI KELANTAN


Sebanyak 15 laluan di lapan jajahan di negeri ini ditutup akibat banjir yang semakin buruk pagi Selasa.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, lapan laluan ditutup kepada semua lalu lintas manakala tujuh lagi ditutup kepada kenderaan ringan.

Laluan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah Km37 Jalan Gua Musang-Jelawang-Dabong di Gua Musang, dua laluan di Kuala Krai iaitu Jalan Sultan Yahya Petra (Bandar Kuala Krai) dan dan Jalan Jirat (Bandar Kuala Krai).

Di Tumpat, dua laluan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah Km8 Jalan Cabang 4 Kampung Jambu-Meranti dan Km2 Jalan Keselamatan (Kesban) Pengkalan Kubor-Kampung Jambu.

Di Pasir Mas, dua laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km12 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu dan Km11 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram, selain satu laluan di Machang iaitu di Km8 Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata.

Sementara tiga laluan di Pasir Mas ditutup kepada kenderaan ringan melibatkan Km3 Jalan Pengkalan Rakit, Km23 Jalan Banggol Kulim Lokasi 2 dan Km24-Km26 Jalan Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang.

Di Tanah Merah, satu laluan ditutup kepada kenderaan ringan iaitu di Km1.5 Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh manakala di Machang laluan yang terlibat ialah di Km6 Jalan Kubor China-Temangan.

Di Jeli, laluan di Km37 Jalan Jeli-Dabong dan Km10 Jalan Kota Baharu-Pantai Cahaya Bulan turut ditutup kepada kenderaan ringan.

Menurut portal berkenaan, jumlah mangsa banjir kembali meningkat kepada 20,468 pagi ini berbanding 16,081 orang Isnin malam.

No comments:

Post a Comment