ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEBARAN SEGERA : FOTOFIT SUSPEK LARIKAN BUDAK PEREMPUAN 10 TAHUN DI MELOR KELANTAN

Monday 17 November 2014

SEBARAN SEGERA : FOTOFIT SUSPEK LARIKAN BUDAK PEREMPUAN 10 TAHUN DI MELOR KELANTAN

Polis telah mengenalpasti seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes cuba melarikan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Kampung Aril, Melor di sini pada Jumaat lalu. Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim (tengah) bersama pegawainya menunjukkan gambar lakaran wajah atau "fotofit" suspek berusia lingkungan 20-an pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Bharu hari ini. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Polis telah mengenal pasti seorang lelaki disyaki terbabit kes cuba melarikan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Kampung Aril, Melor di sini pada Jumaat lalu dan sudah mengedarkan lakaran wajah atau 'fotofit' suspek berusia lingkungan 20-an itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berbadan kurus tinggi, menggunakan dialek Kelantan dan menaiki kereta Proton Saga lama.

Setakat ini hanya seorang suspek dikenal pasti, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Sebelum ini akhbar melaporkan seorang kanak-kanak iaitu Irisha Devia diculik sewaktu menunggang basikal bersama rakan di hadapan rumahnya di Kampung Aril, Melor di sini, Jumaat lalu.

Kanak-kanak itu bertindak nekad melarikan diri dari kereta penculik tersebut dengan berlari sejauh satu kilometer meredah air paras dada di kawasan bendang dan semak.

Irisha terpaksa menahan kesakitan apabila badan, tangan dan kakinya terkena duri ketika melarikan diri.

Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu segera tampil memberi kerjasama kepada polis. - Bernama

No comments:

Post a Comment