ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KECEWA DENGAN PAS PUNCA DAP MAHU JAWATAN TIMBALAN SPEAKER DUN SELANGIR !!!

Tuesday 25 November 2014

KECEWA DENGAN PAS PUNCA DAP MAHU JAWATAN TIMBALAN SPEAKER DUN SELANGIR !!!


Bukan tamak kuasa seperti andaian banyak pihak selepas DAP menamakan calonnya untuk jawatan yang ditetapkan kepada PAS di Selangor, sebaliknya ADUN DAP Sekinchan Ng Sue Lim (gambar) mengatakan partinya bertindak demikian kerana kecewa dengan sekutunya dalam kerajaan negeri Selangor itu.
Ng Sue Lim yang dinamakan sebagai calon DAP mengakui tindakan parti beliau adalah satu protes senyap kepada PAS.
"Salah satu sebab ialah DAP sudah kecewa dengan PAS.
"Ia juga adalah protes senyap terhadap PAS terutama mengenai peranannya dalam Pakatan serta kepada presiden PAS yang selalu tidak hadir mesyuarat," katanya kepada pemberita di DUN Selangor pada Isnin.
Mohd Shafie yang juga ADUN Bangi bagaimanapun menang selepas mendapat 28 undi berbanding Sue Lim yang memperoleh 14 undi.
Menurut Sue Lim, keputusan untuk mencalonkannya bertanding jawatan yang diperuntukkan kepada PAS itu dicapai dalam mesyuarat DAP Selangor sejak sebulan lalu.
"Parti saya juga berpendapat melalui pencalonan saya, ia akan mewujudkan budaya baharu iaitu bahawa Pakatan Rakyat boleh bertanding sesama sendiri...tak perlu hanya seorang calon," katanya.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat berhadapan krisis politik terutama membabitkan pertukaran jawatan kerusi menteri besar Selangor.
Sejak isu berkenaan timbul, PAS dilihat mengambil jalan bertentangan dengan PKR dan DAP terutama mengenai pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar.
Justeru pimpinan PAS termasuk Hadi sendiri menerima 'serangan' daripada ahli dan pemimpin PKR dan DAP kerana didakwa membelakangkan Pakatan.
Agenda

No comments:

Post a Comment