ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ANGGOTA GENG MAMAK MAUT DITEMBAK POLIS

Tuesday 25 November 2014

ANGGOTA GENG MAMAK MAUT DITEMBAK POLIS


Ampang: Seorang anggota Geng Mamak berusia 59 tahun maut sementara seorang lagi berusia 32 tahun cedera ditembak polis di tempat letak kereta Lorong Serawak, Taman Melawati jam 1.45 petang tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, pasukan polis yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan kereta Volkswagen Jetta dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum menyemak nombor plat kereta.

Menurutnya, hasil semakan mendapati ia adalah palsu dan polis cuba menahannya namun suspek cuba melarikan diri dengan menghimpit kereta polis menyebabkan berlaku rempuhan.

"Malah suspek cuba mengundurkan keretanya namun gagal apabila sebuah lagi kereta polis datang dan menghalangnya menyebabkan mereka melepaskan tembakan.

"Dalam kejadian itu polis berjaya menembak mati seorang suspek manakala rakannya cedera terkena tembakan di pinggang dan kini dirawat di Hospital Ampang," katanya.

Mohd Adnan berkata, pihaknya turut menemui tujuh bilah parang, kapak, pemotong besi, topeng muka, sepucuk pistol dan 15 keping plat kereta palsu.
hmetro



No comments:

Post a Comment