ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TIGA LAGI ATM DIGODAM DI KUALA LUMPUR & MELAKA

Tuesday 30 September 2014

TIGA LAGI ATM DIGODAM DI KUALA LUMPUR & MELAKA

ATM Digodam

KUALA LUMPUR: Kes menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) terus menggemparkan negara ini apabila tiga lagi bank pada petang Selasa dilaporkan menjadi mangsa terbaharu didalangi sindiket warga Amerika Latin itu.

Di ibu negara, United Overseas Bank (UOB) cawangan Jalan Imbi dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM92,900.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata pengurus bank tersebut membuat laporan polis pada pukul 2.30 petang Selasa setelah mendapati baki audit di salah sebuah ATM lesap.

"Dia kemudiannya meneliti kamera litar tertutup (CCTV) pada 28 September lalu dan mendapati seorang suspek yang memasuki bank tersebut kira-kira pukul 9.20 pagi hari yang sama dan mengeluarkan wang menggunakan modus operandi  dalam kes terdahulu.

"Dia (suspek) kemudiannya memasuki bank sebanyak empat kali, memakai pakaian berlainan setiap masa. Di mesin tersebut, dia mengambil telefon dan dapat mengeluarkan wang tanpa menekan sebarang butang di mesin," katanya.

Di Melaka, Pengurus Affin Bank dan Al Rajhi Bank cawangan Taman Melaka Raya membuat laporan polis pada Selasa mengatakan sebanyak RM355,570 wang di mesin ATM di kedua-dua bank itu lesap.

Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kedua-dua pengurus bank terbabit membuat laporan selepas rakaman CCTV mendedahkan gambar dua daripada tiga suspek yang menggunakan modus operandi yang sama untuk menggodam duit dari ATM.

Al Rajhi Bank dilaporkan menanggung kerugian RM233, 770 selepas dikeluarkan dua suspek manakala Affin Bank kehilangan RM122, 800 dipercayai dilakukan oleh tiga suspek.

"Ia perkara sama seperti yang berlaku di negeri lain. Siasatan akan dilakukan dengan kerjasama Bukit Aman," katanya kepada The Star.

Jumlah terbaharu itu menjadikan sebanyak 17 mesin ATM  digodam dengan kerugian lebih RM3 juta membabitkan wang dari Affin Bank, Al Rajhi, Bank Islam dan UOB.
mStar

No comments:

Post a Comment