ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS DIJADIKAN ‘TANDAS’, TEMPAT BUANG ‘HAJAT’ DAP DAN PKR – SYED ALI

Tuesday 23 September 2014

PAS DIJADIKAN ‘TANDAS’, TEMPAT BUANG ‘HAJAT’ DAP DAN PKR – SYED ALI




Petaling Jaya – Ungkapan yang dilontarkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang semasa ucapan penggulungan Muktamar PAS Kali Ke- 60 bahawa dalam partinya ‘ada broker, ada barua’ selayaknya ditujukan kepada gabungan parti Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya kepada PAS semata-mata.
Ketegasan ini disuarakan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee yang menyifatkan PAS sudah hilang pedoman dalam perjuangan dan seharusnya parti itu dibubarkan selepas melakukan banyak ‘kecederaan’ kepada umat Islam dan Melayu di negara ini.
Tegasnya, baru hari ini Hadi tahu PAS dijadikan hotel, tempat persinggahan dan jambatan pendek untuk menyeberangi sungai?
“Pada pandangan saya, PAS bukan sahaja menjadi alat kepada DAP dan PKR malah dijadikan ‘tandas’ oleh puak-puak mempunyai agenda kepentingan diri dalam Pakatan Rakyat. PAS hanya dijadikan tempat buang ‘hajat besar’ DAP dan PKR.
“Siapa yang menjadikan PAS sebagai hotel, tempat persinggahan dan jambatan pendek kalau bukannya rakan sekutu parti itu PKR dan DAP yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk mempersoalkan Perlembagaan Negara semata-mata kerana tamakkan kuasa,” tulisnya blog umnobahagiancheras.blogspot.com.
Tambah Syed Ali, di dalam PAS bukan sahaja ‘ada broker, ada barua’ malah dalam parti Pakatan Rakyat itu ada segolongan si kitol, petualang, penderhaka dan ada individu yang sanggup memecahbelahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum semata-mata mempunyai cita-cita besar mahu menjadi Perdana Menteri.
“Saya sememangnya tidak sedikit pun merasa terkejut bila Hadi berkata dalam PAS ‘ada broker, ada barua’ kerana sudah lama menganggap parti itu tidak mempunyai pendirian yang jelas dalam perjuangan sehingga sanggup menjadi kuda tunggangan kepada PKR dan DAP.
“Saya menganggap PAS tidak lebih hanya sebagai perkakasan PKR dan DAP bagi memastikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri,” jelasnya.
Tegas Syed Ali, Dewan Ulama PAS sudah tidak berfungsi dan tidak lebih daripada patung-patung bernyawa yang mengikut telunjuk individu bernama Anwar Ibrahim.
“Kini, PAS yang didominasi kumpulan sekular dan Anwarinas sudah jauh tersasar dari landasan perjuangan parti itu.
“Perjuangan PAS bukan lagi’ membangun bersama Islam’ sebaliknya lebih kepada cita-cita politik untuk mendapatkan kuasa,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment