ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JAWATAN TIMBALAN SPEAKER : PAS BELUM PUTUSKAN SAMA ADA TERIMA ATAU TIDAK !!!

Monday 29 September 2014

JAWATAN TIMBALAN SPEAKER : PAS BELUM PUTUSKAN SAMA ADA TERIMA ATAU TIDAK !!!


PAS belum memutuskan sama ada menerima atau tidak jawatan Timbalan Speaker Selangor seperti yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad  berkata, pertemuan exco dan bekas exco PAS dengan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam Sabtu belum memutuskan pendirian berhubung perkara tersebut.

"Pada pertemuan Exco dan mantan Exco PAS dengan Presiden malam tadi belum diputuskan sama ada PAS akan terima Timbalan Speaker," katanya dalam satu tulisan ringkas di Facebook.

Sebelum ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengumumkan tiga Adun PAS dilantik sebagai Exco iaitu kurang satu kerusi berbanding empat sebelum ini.

Bagaimanapun menurut Azmin, PAS akan diberi jawatan Timbalan Speaker yang telah dikosongkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik sebagai salah seorang dari empat exco PKR.

Azmin membariskan pasukan exconya mengikut komposisi 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS.

Dua exco dari PAS yang dikekalkan adalah Iskandar Abdul Samad (Chempaka) dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Manakala seorang lagi muka baru adalah Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib. 
Harakahdaily-29/9/2014

No comments:

Post a Comment