ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS MAHU LETAK CALON DI PRK #PENGKALANKUBOR - NIK AMAR

Wednesday 27 August 2014

PAS MAHU LETAK CALON DI PRK #PENGKALANKUBOR - NIK AMAR

PAS mahu letak calon di PRK Pengkalan Kubor - Mohd. Amar

GUA MUSANG: PAS berhasrat meletakkan calon mereka untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, walaupun secara dasarnya kerusi itu milik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, hasrat tersebut dinyatakan berdasarkan kemahuan akar umbi dan bukannya bermakna mereka mahu merampas kerusi itu daripada PKR.

Mohd. Amar berkata, kerusi tersebut asalnya adalah milik PAS yang diberi pinjam kepada PKR untuk dua pilihanraya yang lepas.

"Jadi perkembangan sekarang ini kita nampak hasrat peringkat akar umbi untuk PAS bertanding pada PRK kali ini.

"Tetapi ini hasrat daripada bawah. Parti sendiri belum ada keputusan rasmi lagi. Kita akan dapatkan maklum balas balik kerana perubahan mesti diselesaikan secara perundinganlah antara PAS dan PKR," katanya

Mohd. Amar ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah, Bantuan Kemiskinan dan pelancaran Pembangunan Kota Sejahtera di Chiku 3, Gua Musang.

Mengulas mengenai pendirian PKR yang mahu mengekalkan kerusi tradisi itu, Mohd. Amar berkata pihaknya akan membuat maklum balas dan perbincangan lebih lanjut berkenaan isu tersebut.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.

Mohd. Amar berkata, jentera pilihan rayanya juga sentiasa bersedia dan menyifatkannya adalah yang terbaik serta berpeluang untuk merampas kembali kerusi berkenaan daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya, peluang untuk menang adalah besar tetapi semuanya bergantung kepada pemilihan calon yang sesuai.

"Setakat ini kita tidak lagi berbincang mengenai soal calon," ujarnya

Kerusi DUN Pengkalan Kubor adalah antara kerusi yang diperuntukkan kepada PKR Kelantan namun pada dua Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas, kerusi itu dimenangi BN.

No comments:

Post a Comment