ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PAS MAHU KERUSI #PENGKALANKUBOR KERANA ‘BOLEH MENANG’

Monday 25 August 2014

PAS MAHU KERUSI #PENGKALANKUBOR KERANA ‘BOLEH MENANG’


PAS memberi isyarat berminat untuk meletakkan calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor walaupun rakan mereka dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), PKR menegaskan kerusi tersebut adalah milik mereka.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PKR dan PAS perlu berbincang mengenai PRK Pengkalan Kubor dan faktor "boleh menang" perlu dipertimbangkan.

"Bagi PRK Kecil Pengkalan Kubor, PKR bincang dengan PAS. Biasanya kita hendak menang, oleh itu faktor 'boleh menang' perlu dipertimbangkan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Mustafa berkata PRK adalah perkara berbeza dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, keputusan meletak calon di Pengkalan Kubor tidak terikat dengan keputusan sebelum ini.

"Dalam kaedah kebiasaannya, parti yang bertanding dalam PRU13 biasanya akan bertanding dalam pilihan raya kecil.

"Tapi tidak semestinya terikat sebegitu kalau ada keputusan dibuat berdasarkan kepada faktor boleh menang itu," katanya.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor menjadi kosong apabila penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar dari Barisan Nasional (BN) meninggal dunia akibat kanser pada Rabu.‎

Allahyarham yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan meninggal dunia di Ghuangzhou, China ketika mendapatkan rawatan perubatan.

Pada PRU13 lalu, Noor Zahidi menang besar dengan majoriti 1,763 undi dalam pertandingan tiga penjuru antara calon dari PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Bagi Mustafa, kedua-dua pihak PKR dan PAS perlu duduk berbincang bersama untuk mencari kesepakatan dalam PRK tersebut.

"Perlu kedua-dua ini berbincang untuk cari kesepakatan yang terbaik bagi pastikan kemenangan dalam PRK ini," katanya.

Semalam, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata akan mendapatkan maklum balas mengenai kerusi Pengkalan Kubor dari PKR Kelantan.

Beliau berkata, hasil perbincangan itu dengan pimpinan dan akar umbi PKR Kelantan kemudiannya akan dibawa ke mesyuarat Majlis PR untuk tindakan lanjut.

PAS pada PRU 2008 menyerahkan kerusi Pengkalan Kubor kepada PKR tetapi gagal merampasnya semula daripada BN selama dua penggal berturut-turut.

Kini, wujud desakan akar umbi PAS yang mahu parti Islam itu mengambil semula kerusi Pengkalan Kubor dan menggesa Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar bertanding dalam PRK itu nanti.
Malaysianinsider

No comments:

Post a Comment