ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MH17 : SENARAI NAMA 20 JENAZAH DIBAWA PULANG ESOK

Thursday 21 August 2014

MH17 : SENARAI NAMA 20 JENAZAH DIBAWA PULANG ESOK

BERIKUT merupakan senarai nama 20 jenazah mangsa nahas MH17 yang dibawa pulang pada Jumaat.

SOLAT JENAZAH MANGSA MH17 SERENTAK SELEPAS SOLAT JUMAAT ESOK - JAMIL KHIR

PUTRAJAYA: Solat jenazah hadir dan solat jenazah ghaib bagi mangsa nahas MH17 yang beragama Islam akan diadakan secara serentak di seluruh negara selepas solat Jumaat, esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata solat jenazah hadir khusus bagi masjid yang menerima jenazah untuk tujuan disolatkan pada waktu ketibaan jenazah di destinasi pengkebumian, manakala solat jenazah ghaib boleh diadakan sebaik sahaja mendengar maklumat jenazah sudah dimandi dan dikafankan.

Beliau berkata, pasukan pengurus jenazah Muslim bagi rakyat Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sudah selamat memandi dan mengkafan serta menyembahyangkan 11 jenazah Muslim di Amsterdam, Belanda.

Bagi jenazah yang dipersetujui oleh pihak keluarga untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presint 20 di sini, solat jenazah hadir akan diselaraskan di Masjid Putra, Putrajaya.

"Setakat ini sebanyak dua jenazah akan dikebumikan di Putrajaya manakala bagi jenazah beragama Islam yang dibawa terus ke negeri masing-masing akan disolatkan di peringkat negeri dan permukiman masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bernama


WAKTU BERTAFAKUR SELURUH NEGARA DITETAPKAN BERMULAN JAM 10.30PAGI
SEPANG: Waktu bertafakur sempena ketibaan 20 jenazah mangsa nahas MH17 untuk seluruh negara ditetapkan bermula jam 10.30 pagi esok, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata waktu itu ditetapkan selepas mendapati urusan untuk menurunkan jenazah daripada pesawat yang tiba jam 9.45 pagi mengambil masa 30 hingga 45 minit.
"Selepas raptai pagi iji, kita dapati ada perubahan waktu dalam menguruskan jenazah yang tiba menerusi pesawat khas.
"Jadi, kita tetapkan waktu bertafakur seluruh negara bermula 10.30 pagi," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Beliau juga meminta orang ramai supaya mengikuti siaran langsung di televisyen dan radio bagi mendapatkan maklumat tepat bagi waktu berlepas dan ketibaan pesawat.
Bernama

No comments:

Post a Comment