ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JENAZAH ADUN PENGKALAN KUBOR TIBA DI TUMPAT JUMAAT MALAM

Thursday 21 August 2014

JENAZAH ADUN PENGKALAN KUBOR TIBA DI TUMPAT JUMAAT MALAM

KOTA BAHARU: Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar dijangka tiba di Pasir Pekan, Tumpat pada Jumaat malam.

Timbalan Ketua Umno bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa kira-kira pukul 9 malam.

Sebelum itu jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dari Guangzhou, katanya.

Beliau berkata proses membawa pulang jenazah dari Pengkalan Chepa ke rumah Allahyarham di Pasir Pekan akan dilakukan pihak tentera.


Allahyarham merupakan Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno bahagian Tumpat selama empat penggal.

No comments:

Post a Comment