ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JANGAN BUAT SPEKULASI CALON #PENGKALANKUBOR

Monday 25 August 2014

JANGAN BUAT SPEKULASI CALON #PENGKALANKUBOR


TUMPAT - Umno Kelantan hari ini meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai calon yang akan bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor itu nanti.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ketika ini Umno Kelantan belum lagi memikirkan soal calon sebaliknya hanya memulakan gerakan mempersiapkan jentera parti ke arah menghadapi PRK itu nanti.

"Saya akan memperjelaskan keadaan di Dun itu terlebih dahulu kepada Presiden dan Timbalan Presiden parti dan seterusnya kepada Majlis Tertinggi dan barulah soal calon akan dibincangkan selepas itu.

Umno Kelantan ketika ini belum lagi mengangkat nama senarai calon dan apa yang kita lakukan adalah berkunjung ke Dun ini sebagai jalinan silaturrahim dengan pengundi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di beberapa tempat di Dun itu di sini, hari ini.

Turut hadir Pemangku Ketua Umno Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz dan Ketua Wanita Umno Bahagian itu Nik Noriza Nik Salleh.  

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, apa yang penting calon yang akan dipilih mestilah berwibawa dan mampu mengekalkan Dun itu di tangan BN.

"Penduduk di sini tidak mahukan individu yang berlagak sebagai calon mereka. Penduduk sini hidup sederhana dan mahukan pemimpin yang dekat di hati seperti mana gaya Allahyarham Datuk (Noor Zahidi Omar)," katanya.
Bernama

No comments:

Post a Comment