ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: POLIS PANTAU AKTIVITI MINTA DERMA GAZA TANPA PERMIT

Friday 25 July 2014

POLIS PANTAU AKTIVITI MINTA DERMA GAZA TANPA PERMIT


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau kegiatan individu atau pertubuhan yang meminta derma untuk tabung kemanusiaan tanpa permit.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sebarang kegiatan untuk mengutip derma untuk sesuatu kempen kemanusiaan perlu memohon dan mendapatkan permit daripada PDRM.

“Adalah salah jika mereka yang tidak memohon dan tidak mempunyai permit untuk menjalankan aktiviti itu kepada orang awam.

“Mereka boleh ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan terdapat sindiket yang cuba mengaut untung dengan mengutip derma tabung kemanusiaan untuk Palestin dan Gaza. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment