ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TEMPURUNG KEPALA BERKECAI !!!

Thursday 19 June 2014

TEMPURUNG KEPALA BERKECAI !!!



KLANG - Seorang lelaki berusia 36 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 11, Blok D, Flat Permai Indah, Pandamaran, di sini semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, tubuh mangsa menghempap sebuah kereta jenis Proton Saga yang di parkir di pekarangan flat.

Hentaman kuat itu menyebabkan cermin hadapan kereta retak menyebabkan serpihan daging dan tempurung kepala mangsa melekat di bahagian hadapan kereta itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, akibat hentaman kuat itu, kepala mangsa pecah dan tempurung kepalanya berkecai.

“Kita tidak mempunyai maklumat lengkap berkenaan kejadian memandangkan tiada saksi yang melihat mangsa ke tingkat 11 flat itu sebelum kejadian.

“Polis turut menjalankan siasatan di rumah di tingkat 11 itu namun tiada penghuni,” katanya.

Menurutnya, kejadian hanya disedari orang awam selepas mendengar bunyi mangsa jatuh menghempap kereta.

“Setakat ini, motif kejadian disyaki bunuh diri. Hasil siasatan ke atas mangsa mendapati dia tinggal di Jalan Jati, Pandamaran,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sementara itu, pemilik kereta Proton Saga berusia 30an yang tinggal di flat itu, terkejut dengan kejadian itu.

Katanya, kereta itu yang sudah diubahsuai dan akibat kejadian itu dia berhasrat menjualnya.

SH

No comments:

Post a Comment