ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KALIMAH ALLAH AKAN TERUS DIGUNAKAN KECUALI DALAM 'THE HERALD" - CFM

Tuesday 24 June 2014

KALIMAH ALLAH AKAN TERUS DIGUNAKAN KECUALI DALAM 'THE HERALD" - CFM

PETALING JAYA: Masyarakat Kristian akan terus menggunakan kalimah "Allah" dalam naskhah Bible, perkhidmatan gereja dan perhimpunan Kristian yang dijalankan dalam bahasa Melayu, seperti diamalkan sebelum ini kecuali dalam penerbitan Katolik The Herald, menurut Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

Pengerusi CFM, Eu Hong Seng berkata, kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebelum ini menyatakan bahawa keputusan mahkamah dalam kes itu sebelum ini, serta termasuk Mahkamah Persekutuan pada Isnin hanya merujuk kepada penggunaan kalimah “Allah” dalam “The  Herald”.

“Sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan Malaysia, kami menganggap beliau (Gani) dan kerajaan Malaysia berpegang pada pendirian itu,” kata Hong Seng dalam satu kenyataan, Isnin.

Kenyataan dikeluarkan sebagai reaksi kepada keputusan Mahkamah Persekutuan, Isnin.

Hong Seng bagi pihak CFM, berkata dia amat kecewa apabila Mahkamah Persekutuan menolak kebenaran bagi gereja Katolik merayu kepada mahkamah itu untuk menarik balik larangan kerajaan terhadap penggunaan kalimah “Allah” yang dirujuk sebagai Tuhan dalam “The Herald” versi bahasa Malaysia.

Mahkamah Persekutuan pada Isnin menolak rayuan akhbar mingguan Katolik, The Herald, bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya edisi bahasa Melayu.

Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, mempengerusikan panel mendengar hujahan tujuh hakim daripada kedua-dua pihak berhubung permohonan kebenaran merayu itu.
MStar

No comments:

Post a Comment