ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SADIS : LIMA BERADIK YATIM PIATU SEKELIP MATA

Saturday 24 May 2014

SADIS : LIMA BERADIK YATIM PIATU SEKELIP MATA


TIADA siapa yang menyangka rutin hampir setiap pagi pasangan Jefri Mohd Zain, 46, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, ke tempat kerja akan menjadi yang terakhir kalinya selepas kedua-duanya maut dalam satu kemalangan ngeri, pagi .

Sekelip mata sahaja, lima anak mereka yang masih kecil dan bersekolah bergelar yatim piatu dalam kejadian yang berlaku di Jalan Cheras – Loke Yew itu.

Mengimbas kembali tragedi itu, motosikal yang dinaiki Jefri dan Noorsalawati terbabas sebelum kedua-duanya tercampak dan digilis lori dari arah belakang.

Malangnya, lori tersebut tidak berhenti, sebaliknya terus meninggalkan tempat kejadian.

Justeru, menerusi Facebook Daily Traffic Report, orang ramai telah dimaklumkan mengenai usaha kutipan derma kilat bagi membantu anak-anak kecil yang telah kehilangan tempat bergantung ini.

Bantuan kewangan boleh disalurkan ke akaun Maybank milik Ramlah Jais: 1645 9308 8136.

Pada masa yang sama, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Niza Mohd Zin turut memaklumkan mangsa merupakan adik dan adik ipar rakannya, lapor Mynewshub.

Menurutnya lagi, kakak mangsa masih berada dalam keadaan terkejut dan terpaksa ditenangkan oleh rakan-rakan terdekat.

Apapun, diharapkan agar nasib lima anak pasangan ini akan mendapat pembelaan dan jagaan sewajarnya bukan sahaja oleh ahli keluarga yang lain, malah juga dari pihak berwajib.

No comments:

Post a Comment