ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JADILAH HAMBA YANG SELALU BERSYUKUR

Friday 30 May 2014

JADILAH HAMBA YANG SELALU BERSYUKUR



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Salam sejahtera buat sahabat semua, semoga senantiasa ceria dan dalam lindungan Allah SWT.

Sebagai seorang manusia yang memenuhi tuntutan agama Insyallah, tentunya pernah bertanya kepada diri sendiri soalan berikut, "Kenapa kadang seseorang itu sentiasa mendapat kegembiraan seperti; dapat naik pangkat dengan cepat, murah rezekinya dan lain-lain sedang orang itu selalu melakukan kemungkaran?

Haruslah diingat bahawa penganugerahan yang dikurniakan oleh Allah. kepada hamba-hambanya bukanlah disebabkan Allah sayang kepadanya tetapi, kurniaan itu, merupakan satu bentuk ujian untuk menilai sejauh mana keikhlasan orang tersebut. Sebagaimana firman Allah yang mana saya ingat lebih kurang,Adakah manusia itu menyangka mereka dihidupkan di dunia ini tanpa diuji ?

Allah akan menguji setiap hambanya dengan anugerah yang dikurniakan untuk menilai sejauh mana keikhlasan dan kesedaran insan tersebut yang mana. jika dia seorang hamba Allah yang sedar akan tanggungjawabnya sebagai manusia, dia akan sentiasa sedar akan kelemahan dirinya dan akan bersyukur dengan kurniaan tersebut dan berubah untuk menjadi insan yang terbaik, tetapi jika berlaku yang sebaliknya maka dia telah menimbulkan kemurkaan Allah yang Maha Penyayang.

Teringat saya pada penjelasan seorang Ustaz semasa saya berada di peringkat Sekolah Rendah dulu, yang mana rakan saya ada bertanya kepada Ustaz tersebut,“ Mengapakah setelah acap kali kita berdoa dan memohon kepada Allah untuk dikurniakan sesuatu, tetapi masih belum mendapat apa yang dipohon?? Ustaz saya menjawab, “Itu adalah tanda Allah menyayangi kita, kerana apa...!, kerana Allah mengetahui kalau kita masih belum memiliki apa yang kita pinta kepadaNya, kita akan terus meminta dengan berdoa dan mengingati Allah.

Sesungguhnya Allah amat rindu kepada suara-suara hamba-hamba yang telah diciptakanNya merayu dan memujiNya. Bayangkan, jikalau sekali kita bermohon sesuatu kurniaan dan terus Allah kurniakan, berkemungkinan besar kita sebagai manusia yang mempunyai hawa nafsu akan menjadi taksub dan lupa diri dari mensyukuri nimat yang telah Allah kurniakan.

Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita daripada timbangan dosa di Padang Mahsyar nanti. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment