ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: UMNO BUKAN PENGHALANG HUDUD PAS !!!

Sunday 27 April 2014

UMNO BUKAN PENGHALANG HUDUD PAS !!!


Umno bukan lagi halangan untuk PAS melaksanakan hudud, sebaliknya halangan utama parti Islam itu adalah dari rakan sekutu Pakatan Rakyat (PR) dari DAP dan PKR, kata akhbar  Utusan Malaysia.

Menurut kolumnis Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini, persoalan sekarang adakah PAS akan tunduk kepada tuntutan DAP dan PKR untuk menggugurkan rancangan mereka.

"Perkembangan isu hudud makin panas. Terbaharu, dilaporkan mesyuarat Jawatankuasa Penerangan PAS sudah mengambil langkah susulan untuk meneruskan rancangan melaksanakan hudud di Kelantan biarpun mendapat bantahan sekutu PR, iaitu DAP dan PKR," tulis Awang Selamat dalam akhbar itu hari ini.

"Ini menjadikan kesemua komponen utama dalam PAS termasuk Dewan Ulama sudah bertekad tidak mahu berganjak," katanya.


Rancangan kerajaan PAS Kelantan untuk membawa pembentangan hudud ke Parlimen ditentang keras sekutu mereka, malah, setiausaha organisasi kebangsaan DAP, Anthony Loke menggesa PAS meninggalkan PR jika mahu meneruskan hasrat membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi melaksanakan hukum hudud.

"Wow, PAS yang banyak berkorban kepada pakatan mahu dihalau begitu sahaja. 

"Murahnya nilai PAS, seolah-olah tiada ruginya tanpa parti itu," kata Awang Selamat.

Awang Selamat bagaimanapun berkata, beliau yakin PAS tidak akan tunduk dengan desakan PKR dan DAP.

"Kini halangan PAS, bukan lagi Umno sebaliknya parti sekutu. 

"Persoalannya, apakah PAS akan tunduk beralah kepada DAP dan PKR? Awang bersimpati dengan PAS tetapi yakin parti itu tidak akan menjadi dayus mengikut telunjuk DAP, yang selama ini memudaratkan kepentingan Islam," katanya.

Awang Selamat berkata, isu hudud PAS itu bakal membuka lembaran politik baru meskipun ia menguji pemuafakatan dalam PR.

"Kepada ahli-ahli dan para penyokong PAS, bangkitlah bersatu sampaikan mesej bahawa parti itu masih ada harga diri," katanya.
Credit : KLCronicle

No comments:

Post a Comment