ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 28 OKT-1 NOV - NAJIB

Saturday 26 April 2014

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 28 OKT-1 NOV - NAJIB


KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno tahun ini akan berlangsung dari 28 Oktober hingga 1 November, kata Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Najib berkata, perhimpunan lima hari itu bermula dengan taklimat presiden pada 28 Oktober, diikuti perhimpunan sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada 29 Oktober.

"Perasmian Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 30 Oktober dan berakhir pada 1 November," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, Jumaat.

Najib berkata, anggota Majlis Tertinggi Umno merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai pengerusi forum antarabangsa yang akan diadakan sempena perhimpunan agung parti tonggak Barisan Nasional(BN) itu.

Beliau juga mengumumkan 11 Mei sebagai tarikh sambutan ulang tahun Umno ke-68, bermula dengan majlis tahlil, solat Maghrib, bacaan Yasin dan doa kesyukuran, diikuti majlis menaikkan bendera Umno dan ucapan presiden parti.
MStar

No comments:

Post a Comment