ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENCARIAN MH370 DITERUSKAN DENGAN PENAMBAHAN ASET KOMERSIAL !!!

Saturday 19 April 2014

PENCARIAN MH370 DITERUSKAN DENGAN PENAMBAHAN ASET KOMERSIAL !!!



KUALA LUMPUR – Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memberi jaminan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 akan diteruskan, walaupun terdapat rancangan operasi berkenaan akan dibincang dan dibuat penilaian semula.

Katanya pasukan operasi mencari di bawah seliaan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang ditubuhkan Australia dan pihak terbabit, bagaimanapun menimbang pendakatan lain, termasuk meluaskan skop pencarian dan menggunakan aset lain yang mungkin relevan dengan pencarian itu yang memasuki hari ke-43 Sabtu.

Selain terus menggunakan kapal selam mini Bluefin-21 untuk kerja mencari di dalam air, pihak berkuasa Malaysia kini mengkaji kemungkinan menambah penggunaan aset komersial dalam operasi itu, katanya pada sidang akhbar berhubung perkembangan usaha mencari pesawat berkenaan di sini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot berkata operasi mencari itu akan dibincang dan dinilai semula sekiranya tidak terdapat perkembangan baharu “dalam masa beberapa hari lagi”.

“Di sini, syarikat seperti Deftech, DRB, Boustead dan beberapa syarikat Malaysia telah bertemu dan berbincang dengan rakan mereka dari luar negara berhubung cara bagaimana kita boleh menambah AUV (kenderaan dalam air autonomi) untuk membantu usaha mencari,” kata Hishammuddin.
BERNAMA

No comments:

Post a Comment